Malaysia cukup terkenal dengan sukan bernama Badminton. Terasa hiba apabila negara kita tumpas kepada pihak Jepun pada Piala Thomas di bumi sendiri. Kritikan demi kritikan dan sikap menyalahkan satu sama lain bukanlah jalan yang terbaik untuk bangkit semula dari tidur. Pemain-pemain dan jurulatih kita sudah lakukan yang terbaik.Oleh itu, persoalan yang baik haruslah dipadankan juga dengan idea yang baik.
Apa yang membuat kita termenung seketika apabila membaca berita yang ditulis oleh wartawan sukan Norzie Kasbi. Norzie cuba mencari punca dimana silapnya pasukan kita. Sebagai penilai ,analisis dibuat haruslah tepat. Demikian, individu sebagai penilai ini haruslah sesuai bagi menganalisis corak pemain pasukan kita.
Norzie menginterviu ketua jurulatih China, Li Yongbo – orang yang paling tepat untuk menganalisis pasukan kita.Pasukan beliau adalah yang terbaik di dunia, maka sebarang analisis Yongbo harus diterima dan dihalusi.
Norzie mengambil apa yang dikatakan oleh Yongbo ‘‘zaman kegemilangan badminton Malaysia sudah berlalu kerana negara ini terlalu bergantung kepada pemin tua.’’
Tulisan Norzie mencengkam lagi kalbu . Apa sudah jadi? Mana pelapis kita? Sukan badminton ialah sukan no. 1 negara. Bukankah wang yang besar sudah diberikan kepada pembangunan sukan itu?
Terdiam seketika. Sudah tentu seluruh rakyat terkedu menerima hakikat yang sebenar.
Walaubagaimanapun, kita pemenang sebagai penyorak tapi ...
Thursday, May 13, 2010
Malaysia 2 - Jepun 3
Posted by D!nG D@nG at 4:15 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

