BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Full Name:
Email Address:
Code Item(s)
Mailing Address
Do you feel our current price is merited out product/services The price is about rite
No,the price is too low for your product
No,the price is to high for your product
Any Comments

Friday, April 9, 2010

TEKNIK-TEKNIK MENJAGA KERETA KU

GANTIKAN PENAPIS MINYAK INJIN SETIAP 10,000 KM

Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa telunjuk untuk menjauhi masaalah lain timbul terhadap kenderaan. Penapis berperanan menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh menyebabkan kerosakan injin dan mengakibatkan masaalah sistem kerja komponen injin. Sebelum berhadapan dengan tragis terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menentukan jenis penapis minyak yang berkualiti setiap 10,000km.
Oleh itu, sebelum menggantikannya anda perlu meneliti beberapa perkara berikut:Gunakan penapis minyak yang asli. Jangan gunakan penapis minyak tiruan kerana dikhuatiri bahagian dalaman membawa benda yang boleh menjahanamkan kompenen penapis. Demikian, penapis tiruan atau jenama murah menggunakan kertas bermutu rendah, tidak tahan lama untuk menapis kotoran.
Pastikan semua bahagian dalamnya sentiasa bersih sebelum berhadapan masalah yang lebih buruk dari kotoran terutama bahagian atas penapis minyak yang terdapat kertas pelindung. Pastikan bahagian itu sudah dibuka ketika penapis hendak dipasang. Setelah injin dihidupkan, perhatikan JIKA berlaku kebocoran minyak injin disekitar penapis minyak atau tidak.Ketika menggantikan penapis minyak biasanya ia diimbangi dengan minyak yang lebih dari biasa.
Perhatikan kereta anda. Jika setiap 1,000km, kereta anda perlu menambah minyak injin,berlaku sesuatu yang tidak normal pada injin. Antaranya gegelang piston yang telah haus. Gunakan alat ujian tekanan untuk mengesan kerosakan berkenaan. Pemilik kenderaan wajar mengambil langkah perlu dan memerhati jenis penapis standard yang dipasang untuk mengelakkan sebarang kecelakaan.

0 comments: