Kebiasaannya pekebun-pekebun megambil pisang dari induknya dengan tujuan menjualkannya di pasar atau memakannya untuk perut sendiri. Buah pisang setelah dikaji selain merupakan buah yang sedap ia juga tinggi khasiatnya.Sayang jika kita dapat memanfaatkan buahnya sahaja jika tidak dapat memanfaatkan induknya.Batang pisang yang sudah berbuah dibuang oleh pekebun tanpa mengetahui faedahnya.
Bagaimanapun,batang pisang yang dahulunya di buang kini perlu diproses. Kaedah-kaedah penghasilan produk perlulah dibuat secara teliti. Batang pisang yang masih elok keadaannya diproses dengan teliti dan mencampurkannya ke dalam bahan kimia tertentu. Ini perlu kerana bahan serat yang dihasilkan perlu cukup sempurna. Serat batang pisang yang berjaya dihasilkan dapat menjadi bahan komersial yang menguntungkan.
Justeru itu, dengan menjadikan produk ini sebagai bahan serat, ia dapat di manfaatkan dalam pelbagai aspek. Penemuan fiber bahan serat yang membanggakan ini adalah daripada Mas Adil Mas Rosemal Hakim dan Nurein Ardini Samsuri merupakan pelajar dari negara Malaysia. Bahan serat ini digunakan untuk menyerap minyak dalam kandungan air termasuk air laut.Oleh itu, air yang tercemar sehingga menyebabkan kehidupan air mati kini boleh dirawat.
Penemuan yang baru seperti inilah dapat menaikkan nama negara ,ekonomi dan terus di pandang tinggi daripada negara-negara yang maju seperti Jepun, Perancis dan US.


0 comments:
Post a Comment